Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemilik Kelab Hiburan Diculik, Kereta Dibakar

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemilik kelab hiburan yang masih hilang, dipercayai diculik, dan keretanya dibakar 2 Februari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 4 petang Ahad lepas, di kawasan Brickfields.

"Suspek ditahan direman sehingga esok bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan dan gangsterisme.

"Sehingga kini tiada sebarang wang tebusan yang dituntut dan kami juga percaya suspek yang ditahan adalah orang yang mungkin dikenali mangsa," katanya.

Ku berkata dengan penahanan lelaki itu, polis sehingga kini telah menahan tiga orang suspek sejak kes itu dilapor bagi membantu siasatan.

Dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun ditahan, masing-masing seorang pada hari kejadian di kawasan Puchong dan di kawasan Dang Wangi pada 5 Februari.

Dalam kejadian 2 Februari lepas, seorang ahli perniagaan dipercayai diculik empat lelaki yang menyamar sebagai polis manakala kereta BMW 5 Siri miliknya ditemui terbakar di Jalan Hulu Yam.

Siasatan awal mendapati empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an 'menahan' mangsa di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 7.20 malam, dan dibawa ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra berwarna hitam.

Dipercayai selepas menahan ahli perniagaan itu, suspek melarikan kereta mangsa sebelum dibakar di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak.

Rangka kereta itu ditemui keesokan harinya pada 7.20 malam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan