Ahli Perniagaan Ditembak Lawan Perompak Dengan Penyapu

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang ahli perniagaan yang terkena sedas tembakan bertindak berani melawan seorang perompak dengan sebatang penyapu dalam kejadian di Taman Sawi dekat sini, Khamis.

Dalam cubaan rompakan 12.45 tengah hari itu, ahli perniagaan itu, N.Letchumanan, 52, melawan seorang perompak bersenjatakan sepucuk pistol yang tiba-tiba masuk ke dalam sebuah bilik rehat berhampiran rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata mangsa diarahkan supaya duduk oleh lelaki itu yang bertindak mengacukan postol tetapi mangsa cuba melawan.

"Mangsa sempat menyambar sebatang penyapu untuk melawan dan ketika itu perompak tersebut telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan satu daripadanya kena bahagian belakang lengan kanan mangsa dan tembus bahagian hadapan lengan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ghuzlan berkata dalam keadaan cedera, Letchumanan sempat pengejar perompak yang lari keluar dari bilik rehat tersebut lalu bergegas menaiki sebuah motosikal dengan seorang lagi rakannya yang menunggu lalu melarikan diri.

"Letchumanan dengan bantuan pekerjanya telah dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan akibat tembakan yang dialaminya itu. Mangsa kini masih mendapat rawatan," katanya.

Polis yang pergi ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan kecemasan mendapati antara lain tiga kelongsong peluru 9mm yang telah digunakan dan terdapat satu lubang di dinding zink bilik rehat dipercayai kesan sebutir peluru yang dilepaskan daripada tembakan suspek.

Ghuzlan berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang ahli perniagaan itu dalam bilik berkenaan bagi mengenal pasti wajah suspek yang dikatakan cuba merompak ahli perniagaan itu.

Mangsa yang lebih dikenali sebagai "Karta Raja" di kalangan masyarakat India sekitar kawasan Paya Besar adalah seorang pengusaha bas ekspres dan bas kilang sekitar Kulim, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan