Dua Beranak Warga Iran Ditahan Seludup Dadah Bernilai RM1.28 Juta Di KLIA

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan seorang pemilik salun warga Iran dan anak perempuannya di KLIA Jumaat lepas kerana menyeludup dadah bernilai RM1.28 juta.

Pengarah Kastam KLIA Badaruddin Mohamed Rafik berkata suspek wanita berusia 46 tahun dan anaknya 25 tahun itu disyaki membawa dadah jenis methamphetamine seberat 6.76 kilogram (kg) yang disorok dalam ruangan khas bagasi.

"Mereka yang menaiki penerbangan dari Bangkok ke KLIA ditahan sebaik cuba melepasi kawalan Kastam. Siasatan awal mendapati ini kali ketiga kedua-dua suspek masuk ke negara ini sebagai pelancong," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Badaruddin berkata kedua-dua suspek direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Beliau berkata sepanjang Januari hingga Februari tahun ini, JKDM KLIA berjaya menumpaskan sembilan kes penyeludupan dadah yang kesemuanya jenis methamphetamine seberat 42.23 kg dianggar bernilai RM8.024 juta di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Dalam tempoh itu, katanya JKDM menahan empat suspek lelaki dan empat suspek wanita dari Nigeria, India dan Thailand dengan masing-masing satu suspek, dua suspek rakyat Indonesia dan tiga suspek Iran.

Seorang suspek untuk satu lagi kes masih dikesan identitinya berdasarkan tag pada bagasi, kata Badaruddin.

"Setakat ini rampasan dadah tertinggi ialah seberat 9.2 kg pada 18 Januari lepas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan