Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Godam Laman Web Jabatan Penerangan

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu pasukan petugas khas polis ditubuh bagi menyiasat kejadian penggodaman sistem aplikasi dalam laman web Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Ia ditubuhkan di bawah Unit Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman.

Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata meskipun insiden itu yang pertama melibatkan sistem aplikasi berkenaan, tindakan dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi memastikan ia tidak berulang.

"Kami akan siasat dan kenal pasti dalang kejadian ini dan seterusnya mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997 itu melibatkan pelbagai aspek, termasuk berhubung alamat Protokol Internet (IP) yang merekodkan pengguna dari luar negara.

Pada Isnin, sistem aplikasi e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu digodam dengan penyiaran dua kenyataan bertajuk Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan. Berikutan kejadian itu, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengarahkan semua jabatan dan kementerian meningkatkan tahap keselamatan laman web masing-masing untuk mengelak ancaman penggodam.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung pencerobohan kedua-dua sistem aplikasi itu.

Beliau mengesyaki ia dilakukan untuk mencetuskan suasana tidak menentu dalam negara dan sekali gus mencemarkan imej dan nama baik jabatan itu yang berfungsi sebagai media rasmi kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan