Polis Tahan 11 Lagi Pelarian Rohingya

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan 11 lagi pelarian Rohingya di sekitar Taman Negara Teluk Bahang, dekat sini, Selasa.

Mereka adalah antara 140 pelarian Rohingya yang mendarat di pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang tengah malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata pelarian berusia antara tiga dan 40 tahun itu ditahan pada 1 petang tadi ketika sedang merayau mencari perlindungan di lokasi berkenaan.

"Semasa ditahan, kumpulan pelarian terbabit dilihat berada dalam keadaan keletihan dan kelaparan. Polis telah mengenal pasti tujuh orang lagi dan operasi mencari mereka sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi Taman Negara Teluk Bahang ditutup sementara waktu sehingga baki pelarian Rohingya itu dijumpai.

Kesemua yang ditahan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Semalam polis menahan 102 pelarian Rohingya yang mendarat secara haram dengan sebuah bot di sekitar Pantai Teluk Kampi, Hutan Taman Negara Teluk Bahang dan Hutan Simpan Pantai Acheh, Balik Pulau di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan