Lelaki Dikaitkan Dengan Sindiket Jenayah Dari Malaysia Dihukum Penjara

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang bekas juara skateboard gagal dalam rayuan terhadap hukuman penjara dikenakan terhadapnya kerana terlibat dalam sindiket penipuan kad kredit antarabangsa berpusat di Malaysia.

Akhbar The Age melaporkan hakim Mahkamah Daerah dimaklumkan bahawa melalui panggilan telefon yang dipintas polis Oktober lepas, Rocky Ng Tin Yu, 38, didapati berhubung dengan seorang anggota sindiket itu.

Mahkamah berkenaan diberitahu pada Isnin bahawa ketika itu, Ng diletakkan di bawah parol selepas menjalani hukuman penjara empat tahun kerana mengedar sejumlah dadah methamphetamine.

Pendakwa raya Kristie Eales berkata sindiket itu mengimport kad kredit palsu dan memuatkannya dengan butiran pelanggan bank yang dicuri dari seluruh dunia, termasuk Australia.

Katanya kad berkenaan kemudian dijual secara dalam talian untuk kegunaan sindiket jenayah, termasuk yang berpusat di Melbourne, yang menyelaraskan 'lawatan membeli-belah' untuk anggotanya.

Dalam serbuan ke rumah Ng, polis menemui wang AUD21,480 (RM70,884), sebuah iPad, dua iPhone dan resit janaan komputer bagi pembelian menggunakan kad kredit palsu.

Oktober lepas, Ng mengaku bersalah terhadap dua tuduhan, termasuk mengendali wang yang disyaki hasil daripada perbuatan jenayah, dan mengemukakan rayuan kepada Hakim Frances Millane bagi hukuman penjara enam bulan yang dikenakan terhadapnya oleh seorang majistret.

Ng, yang dihukum penjara pada 2008 kerana kesalahan dadah dan diletakkan di bawah parol ketika melakukan kesalahan terbaru itu, berkata anggota sindiket berkenaan meminjam wang daripadanya.

Hakim Millane menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadapnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan