Insiden Sistem Jabatan Penerangan Digodam Dilaporkan Kepada SKMM, Polis

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Presint 7 Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung sistem e-Akhbar dan e-Press milik Jabatan Penerangan yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan palsu iaitu
Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Presint 7 Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung sistem e-Akhbar dan e-Press milik Jabatan Penerangan yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan palsu iaitu "Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan," di Putrajaya, Isnin. Bersamanya pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Insiden sistem e-Akhbar dan e-Press Jabatan Penerangan yang disyaki digodam telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata laporan polis turut dibuat selepas penyiaran dua kenyataan palsu, 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' disedari melalui sistem itu.

"Sistem Jabatan Penerangan kita telah digodam, tidak mungkin e-Press mengeluarkan kenyataan yang sedemikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Akademi Seni budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Isnin.

Jabatan Penerangan dalam kenyataan hari ini menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial pagi ini.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam kenyataan itu berkata Jabatan Penerangan telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem berkenaan.

Kamaruddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara pada majlis itu turut menyampaikan Derma Siswa 1Malaysia kepada 80 orang pelajar dan Baucer Buku 1Malaysia serta Kad Diskaun 1Malaysia kepada wakil pelajar.

Pada majlis yang turut dihadiri Rektor Aswara Prof Dr Hatta Azad Khan itu, seramai 33 orang pelajar pengajian diploma dan ijazah sarjana muda menerima Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 45 lagi menerima Anugerah Dekan.

Hatta yang ditemui pemberita berkata pengiktirafan pusat pengajian itu oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada awal 2011, banyak membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

"Kami kena penuhi pelbagai syarat yang ditetapkan MQA, seperti mewujudkan tenaga pengajar sepenuh masa, prasarana yang lebih lengkap dan sebagainya. Ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti pengajaran dan pencapaian pelajar," katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa kadar kemasukan pelajar bukan Melayu ke pusat pengajian berkenaan juga bertambah daripada 17 peratus pada tahun lepas, kepada 21 peratus tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan