Dua Lelaki Larikan Tiga Dulang Rantai Emas Di Selayang Baru

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah kedai emas di Selayang Baru mengalami kerugian bersenjatakan parang dan tukul melarikang tiga dulang mengandungi rantai emas dalam kejadian menyamun, Isnin. -fotoBERNAMA
Sebuah kedai emas di Selayang Baru mengalami kerugian bersenjatakan parang dan tukul melarikang tiga dulang mengandungi rantai emas dalam kejadian menyamun, Isnin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang mengandungi rantai emas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian menyamun sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian samun 10.15 pagi itu, dua suspek menerpa masuk ke dalam kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan parang dan tukul di mana tukul itu digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran.

Pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Su berkata ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis dan suaminya keluar untuk minum.

"Ketika kejadian dua penyamun itu masuk dan terus memecahkan cermin ruang pameran mengunakan tukul lalu mengambil tiga dulang mengandungi rantai emas dan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Ex5 yang diletakkan di lorong belakang kedai," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai helmet dan vest berwarna hijau dan oren.

Mohamad Zaki Alias, 23, yang ketika itu berada di sebelah kedai yang disamun yang juga merupakan sebuah kedai emas, berkata beliau mendengar bunyi pecah dan suara meminta tolong dari pemilik kedai yang dirompak itu.

"Saya keluar dan terus mengejar penyamun itu dan sempat bergelut tetapi gagal menahan suspek," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Pemeriksaan kita di tempat kejadian telah menemui tukul yang digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran. Premis itu tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kami boleh memperoleh rakaman CCTV dari kedai berdekatan," katanya.

Abdul Rahim berkata individu yang berada di premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya ia merupakan kali pertama premis berkenaan disamun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan