Peniaga Kerugian RM250,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Marang

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Seorang peniaga kerugian kira-kira RM250,000 setelah kediamannya hangus dijilat api di Kampung Titian Baru di sini petang Isnin.

Kejadian kira-kira 3.30 petang itu menyebabkan rumah pesaka yang didiami tiga sekeluarga ini musnah sepenuhnya termasuk barangan hantaran perkahwinan anaknya.

Menurut mangsa Fazilat Mamat, 49, ketika kejadian dia dan suaminya sedang menjalankan pernigaan kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, ketika berada di gerai dia terlihat asap tebal namun menyangka penduduk membakar tayar dan terkejut setelah menerima panggilan daripada jirannya yang mengatakan rumahnya terbakar.

"Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat api marak sedang membakar rumah menyebabkan kami tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda.

"Apa yang menyedihkan barang hantaran anak keempat saya yang ingin melangsungkan perkahwinan pada bulan depan turut musnah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Fazilat berkata barangan hantaran termasuk set bilik tidur dan perabot.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Noor Khairee Abd Rahman berkata ketika pihak bomba tiba api sedang marak membakar rumah mangsa dan mula merebak ke rumah sebelah.

Katanya pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengawal kebakaran.

"Kebakaran itu telah menyebabkan 15 peratus dinding rumah bersebalahan terbakar namun kita berjaya mengawal dari terus merebak," katanya.

Seramai 22 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Wakaf Tapai, Marang dan Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian. Menurutnya punca kejadian dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan