Sederet Lapan Gerai MDKP Musnah Terbakar Awal Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Sederet lapan buah gerai di kawasan bazar kendalian Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) di sini musnah dalam kebakaran awal hari Ahad.

Kebakaran itu berlaku pada kira-kira pukul 12.30 pagi dan kebanyakan gerai yang terlibat menjalankan perniagaan menjual barangan plastik, andaman serta gerai menjual makanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Jafaar Yusuf berkata tiga jentera dari Kuala Pilah, Bahau dan Tampin bersama 16 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 12.53 pagi.

"Kita mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal api dari terus merebak ke gerai berdekatan. Kesemua gerai itu musnah namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Operasi memadamkan kebakaran ditamatkan pada pukul 3.25 pagi. Sehingga kini pihak kami masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami para pemilik gerai itu," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Senaling Datuk Ismail Lasim berkata beliau akan meminta MDKP mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi membantu dan meringankan bebanan peniaga yang terlibat.

Katanya gerai terbabit dan gerai lain di kawasan itu sebelum ini telah dinaiktaraf dengan kos hampir RM400,000 baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan