Polis Sahkan Terima Maklumat Ancam Psy

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.

"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya dalam kenyataan ringkas di sini, Khamis.

Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan