Bapa Saksi Pembantu Rumah Lambung Anak Hingga Jatuh Menerusi CCTV

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.

Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.

"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan