34 Pati Ditahan Cuba Seludup Keluar Dari Bandar Penawar - Berita Jenayah | mStar

34 Pati Ditahan Cuba Seludup Keluar Dari Bandar Penawar

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Cubaan 34 pendatang tanpa izin untuk menyeludup keluar dari negara ini gagal apabila mereka ditahan polis marin di sebuah kebun sawit berhampiran pesisir pantai dekat Bandar Penawar, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Mohd Nor Rasid berkata, 33 lelaki dan seorang wanita rakyat Indonesia berumur 21 hingga 41 tahun itu ditahan pada kira-kira 4.30 pagi oleh lima anggota polis marin.

"Atas maklumat orang awam, anggota polis marin terbabit telah bertindak menahan sebuah van bernombor pendaftaran Singapura di kawasan kebun sawit berkenaan.

"Sembilan daripada 34 orang penumpang van itu cuba melarikan diri tetapi kemudian berjaya ditangkap anggota polis berkenaan," katanya sambil menambah polis bagaimanapun gagal menahan dua lelaki yang dipercayai tekong dan pemandu van kerana berjaya meloloskan diri ke hutan berhampiran.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

"Difahamkan kawasan kebun kelapa sawit berkenaan merupakan kawasan persembunyian sementara bagi kesemua pendatang asing tanpa izin itu sebelum di bawa menyusup keluar ke laut," katanya.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002) kerana keluar dari negara melalui pangkalan tidak diwarta dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan