Pelajar Maut, Motosikal Bertembung Kereta

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Km34, Jalan Temerloh-Bahau, dekat Bera pada Selasa.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 1.20 pagi itu, pelajar berkenaan, Hermawan Jumadi Yanto, 17, dari Taman Triang Maju, Triang dipercayai sedang berlumba dengan beberapa penunggang motosikal lain.

Pelajar itu meninggal dunia pada kira-kira 3.50 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya, pemandu kereta berkenaan, Chue Choy Yeen, 42, pekerja swasta yang berasal dari Kerayong, dekat Temerloh bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan