12 'Kaki Judi' Pasar Malam Ditahan Dalam Serbuan Di Ladang Kelapa Sawit

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan 13 'kaki judi' dan merampas wang tunai RM21,200 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Ijok, Kuala Selangor malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, ketika serbuan pada 11.30 malam, kesemua lelaki rakyat tempatan berumur antara 28 dan 61 tahun sedang bermain judi jenis pasar malam.

"Polis turut merobohkan khemah haram di dalam kawasan ladang itu yang terletak kira-kira 1,000 meter dari jalan besar.

"Selain wang tunai, kami turut merampas peralatan perjudian iaitu 314 keping cip bernilai antara RM10 dan RM500, 15 biji dadu, 144 keping kad pelbagai nilai dan piring serta mangkuk yang diguna untuk berjudi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.

Mohd Adnan berkata berdasarkan maklumat, kegiatan perjudian yang hampir sebulan beroperasi itu dipercayai melibatkan wang pertaruhan mencecah ratusan ribu ringgit.

Beliau berkata, mereka yang terbabit dalam aktiviti perjudian itu merupakan penduduk tempatan dan datang dari sekitar Lembah Klang.

"Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 72 Akta Rumah Perjudian 1953. Kami juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian supaya menghubungi balai polis berdekatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan