Tiga Maut Pacuan Empat Roda Terjatuh Dalam Sungai

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Tiga lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai ketika melalui sebuah jambatan kayu dekat Matau Balak Kota Gelanggi 5/6 menuju ke arah Jalan Mat Daling, di sini malam Isnin.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Cherokee itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui jalan tanah merah di kawasan pembalakan di situ.

Ketiga-tiga mangsa iaitu pemandu, Hamzah Muhammad, 52, dan dua penumpang, Abd Zahran Asran, 28, dan Roshaizad Abd Rashid, 29 tahun, mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, DSP Zakaria Kassim berkata, dalam kejadian 11.20 malam itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan balik daripada berburu di kawasan berkenaan.

"Ketiga-tiga mangsa itu dipercayai tidak dapat keluar dari kenderaan dan dipercayai telah lemas," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat hanya dapat mengeluarkan ketiga-tiga mangsa kira-kira jam 4 pagi Selasa.

Katanya, semua mangsa yang berasal dari Maran itu dibawa ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat.

"Hasil siasatan awal mengesahkan ketiga-tiganya mati akibat lemas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan