Tujuh Ditahan, 100Kg Kabel Ditemui Semula

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini, Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata berkata sindiket berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

"Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu. "Suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa pihak polis ke premis ini," katanya.

Menurut Mohd Nashir, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan