Dua Suspek Kes Rompak Maut, Motosikal Terbabas Ketika Dikejar Polis

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEROMPAK MAUT...Pihak polis mengangkat mayat salah seorang perompak yang cuba melarikan diri di Seremban pada Sabtu.
Dua perompak maut selepas dua motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari sepasukan anggota polis yang mengejar mereka di susur masuk ke Mambau Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran plaza tol Mambau.
-Foto BERNAMA
PEROMPAK MAUT...Pihak polis mengangkat mayat salah seorang perompak yang cuba melarikan diri di Seremban pada Sabtu. Dua perompak maut selepas dua motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari sepasukan anggota polis yang mengejar mereka di susur masuk ke Mambau Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran plaza tol Mambau.
-Foto BERNAMA

SEREMBAN: Dua rakan yang menjadi suspek dalam kes rompakan dua buah kedai di Port Dickson terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis pada Sabtu.

Polis yang telah melancarkan ops mengesan Mohd Hakim Amiruddib,27, dan Nur Asraf Shamsuddin,21, atas tuduhan merompak sebuah kedai kek di Teluk Kemang dan sebuah lagi kedai di Lukut beberapa minit selepas itu.

Jurucakap polis berkata kedua-dua suspek dilihat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau pada pukul 12.45 tengah hari oleh pasukan peronda polis dan ketika itulah mereka diarahkan berhenti.

Bagaimanapun suspek enggan berhenti sebaliknya melarikan diri dengan memecut laju meninggalkan anggota polis berkenaan.

Sebaik sahaja mereka melalui tol Seremban di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, suspek berpusing membelok ke simpang kiri jalan utama Seremban –Port Dickson dekat Mambau.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan kerana mereka memandu pada kelajuan yang sangat tinggi. Seorang suspek mati ditempat kejadian sementara seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar.

Siasatan polis menunjukkan plat pendaftaran motosikal suspek adalah palsu.

Polis turut menemui dua buah telefon pintar,iPhone4 dan Samsung III dipercayai sebahagian daripada barang yang dicuri.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan berkumpulan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan