Bapa Tembak Mati Perompak Selamatkan Anak Jadi Tebusan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang bapa nekad melepaskan tembakan ke arah kumpulan empat penjenayah yang memecah masuk kediaman mereka untuk menyelamatkan anak perempuannya yang hampir menjadi tebusan di sebuah rumah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan, Assam Kumbang di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata dalam kejadian 3 pagi tadi, suspek ditembak Abdul Jalil Abdul Wahab yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar sebaik membuka pintu bilik yang dihuni bersama isterinya di tingkat bawah rumah banglo berkenaan.

"Sebelum itu tiga daripada empat penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan parang memasuki bahagian tingkat atas rumah yang dihuni anak perempuan, menantu serta dua cucu Abdul Jalil selepas memecah masuk rumah itu melalui pintu berjeriji besi di bahagian tepi rumah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Kumpulan itu kemudian membawa turun anak perempuan dan menantu tersebut serta mengugut akan mencederakan mereka, katanya.

Beliau berkata dua das tembakan dilepaskan ke arah kumpulan penjenayah itu menyebabkan kesemua mereka melarikan diri.

Susulan itu, seorang warganegara Indonesia berusia 40-an dipercayai seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditemui mati di kawasan semak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, katanya.

Yusof berkata kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya polis kini melancarkan gerakan memburu baki tiga lagi perompak dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Abdul Jalil, 63, berkata apabila mendengar anak perempuannya, Jazlina, 28, meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya, beliau segera mengambil pistol dan melihat paparan kamera litar tertutup yang ditempatkan di dalam biliknya.

"Saya terperanjat apabila melihat beberapa kelibat yang berdiri di hadapan pintu bilik saya. Saya membuka pintu perlahan-lahan dan memberanikan diri melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya.

Katanya beliau terus keluar dari biliknya serta melepaskan satu lagi tembakan ke arah kumpulan perompak itu yang kemudian melarikan diri dan beliau tidak mengejar penjenayah itu bagi memastikan keselamatan anggota keluarganya.

Sementara itu Jazlina berkata semasa kejadian, beliau bersama suaminya, Adi Hafiz Yusop, 34, tidur di ruang atas rumah sebelum ditawan penjenayah yang kemudian menggunakan wayar seterika dan kain untuk mengikat tangan serta menyumbat mulut suaminya.

Katanya penjenayah terbabit turut menawan anak saudaranya Arif Syazwan Mohd Shariff, 12, yang nyenyak tidur di sebuah bilik lain sebelum mengarahkan beliau menunjukkan bilik ayahnya.

"Dalam keadaan itu saya cuba berfikir untuk melakukan sesuatu sebelum mengetuk pintu bilik ayah supaya ayah dapat perasan sesuatu yang tidak baik berlaku. Saya memanggil ayah dengan nada perlahan memintanya membuka pintu dan kemudian menukar nada suara supaya ayah perasan," katanya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana ayah dan anggota keluarganya selamat dalam kejadian itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan