Seorang Maut, Seorang Parah Dalam Kebakaran Alat Pencegah Kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pekerja maut manakala rakannya cedera parah dalam kebakaran di sebuah kilang membuat alat pencegah kebakaran, berhampiran Jalan Sungai Keramat 4, Taman Klang Utama di sini dalam kejadian kira-kira 4 petang Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Shahrul Khamar Sharifuddin, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa maut di tempat kejadian setelah melecur teruk dan terbakar seratus peratus," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata seorang lagi rakan mangsa cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan manakala dua lagi mengalami cedera ringan. Mohd Sani berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kilang berkenaan.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat 48 pekerja sedang bertugas namun hanya empat daripada mereka yang terperangkap dalam kebakaran itu.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HTAR dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, tiga jentera dan 16 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang, Kota Raja dan Pelabuhan Klang tiba di lokasi kejadian pada kira-kira 4.20 petang dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 10 minit kemudian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan