Polis Hantar Kertas Siasatan Kes William Kepada Timbalan Pendakwa Raya

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kertas siasatan kes kematian William Yau Zhen Zhong, 6, yang hilang dan kemudian ditemui mati di Pelabuhan Klang 24 Januari lepas telahpun siap dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata hasil siasatan dan bukti yang diperoleh polis sepanjang siasatan kes itu lebih menjurus kepada kematian mengejut.

"Kami sudahpun ajukan kertas siasatan kes William untuk diteliti timbalan pendakwa raya dan sedang menunggu arahan selanjutnya daripada mereka," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Jumaat.

William dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya dan ditemui mati berhampiran Jeti Sungai Sireh di Pelabuhan Klang pada 24 Januari lepas.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata polis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes seorang gadis berusia 22 tahun yang maut selepas terkena tembakan sepasukan anggota polis ketika cuba menahan kereta dinaikinya bersama seorang suspek di Taman Sejati di Klang 18 Januari lepas.

Dalam kejadian pukul 7.35 malam itu, kereta Proton Waja berkenaan dipercayai merempuh kenderaan peronda polis menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepaskan tembakan.

Pemandu kereta berusia 31 tahun yang memiliki enam rekod jenayah lampau itu bagaimanapun dapat ditahan.

Mengulas kes sama, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang ditemui pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan taklimat TNB Selangor bersama polis berkata pihaknya mengikuti segala fakta dan prosedur dalam siasatan kes itu.

Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak termasuk DAP bahawa polis tidak membuat siasatan menyeluruh terhadap kes itu.

Anggota Parlimen Segambut daripaa DAP, Lim Lip Eng dalam sidang akhbar pada Jumaat mendakwa polis melepaskan tembakan ke kereta yang dipandu suspek tanpa memberi sebarang amaran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan