KPN Sahkan Penahanan Tiga Individu Disyaki Terlibat Dalam Aktiviti Keganasan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Khamis mengesahkan penahanan dua lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Menurut beliau, mereka kini ditahan di bawah Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan polis.

"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," katanya dalam kenyataan ringkas itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut didedahkan polis mengenai tangkapan itu dan sama ada wujud apa-apa kaitan ketiga-tiga mereka dengan mana-mana kumpulan militan antarabangsa.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Ismail.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan