Juruteknik Dilapor Hilang Dipercayai Dibunuh

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang juruteknik yang dilapor hilang dan dikaitkan dengan penemuan beberapa serpihan tulang dalam kereta Proton Waja yang ditemui terbakar di Alam Impian, Seksyen 35 di sini pada 2 Februari lepas, dipercayai mati dibunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata susulan kejadian itu, polis menahan lima lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah restoran di Taman Sentosa, Klang pada 6.30 petang Khamis, dan mengikut semakan, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan kes curi dan samun.

"Susulan tangkapan pertama, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 31 tahun di sebuah rumah di Taman Sentosa Perdana, Klang pada 9.40 malam pada hari sama," katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jumaat.

Adnan berkata polis menahan tiga lagi suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun di rumah yang diduduki suspek kedua pda kira-kira 12 tengah malam Jumaat.

Beliau berkata kelima-lima suspek yang ditahan kini direman sehingga 14 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, juruteknik berusia 36 tahun dari Bandar Putra Klang itu dilapor hilang pada 29 Januari selepas keluar memandu kereta Proton Waja milik abang iparnya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata berdasarkan maklumat awam, beberapa kesan darah turut ditemui di tapak pembinaan perumahan di Jalan Laksamana Taman Sentosa, Klang pada Khamis.

"Polis percaya lokasi ini merupakan tempat si mati telah dibunuh sebelum bahan bukti dihapuskan. Kita juga sedang mengesan sebahagian anggota badan mangsa yang dikatakan telah dibuang di sebuah jambatan menuju ke Pulau Indah, Pelabuhan Klang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sampel DNA diambil daripada serpihan tulang dalam kereta itu, dan polis kini menunggu laporan kimia untuk menentukan sama ada tulang berkenaan milik si mati, atau sebaliknya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan