Warga Asing Rempuh Dinding Rumah Kongsi Elak Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki warga Indonesia merempuh dinding rumah kongsinya untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa, namun sia-sia kerana kawasan itu sudah dikepung dalam operasi di tapak pembinaan Ayer Keroh di sini.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Kamaluddin Ismail berkata lelaki berusia 50 tahun dari Jawa Timur itu adalah antara 43 warga asing yang ditahan menerusi operasi di beberapa lokasi sejak petang Rabu sehingga pukul 3 pagi Khamis.

Lelaki itu merempuh dinding rumah kongsi yang diperbuat daripada papan lapis hingga berlubang dan cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh pegawai imigresen yang mengepung kawasan itu, katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya pihak imigresen turut menemui isteri lelaki itu yang berusia 40-an sedang bersembunyi di dalam almari di rumah berkenaan.

"Pasangan terbabit ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa tanpa permit sah," katanya.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan itu melibatkan 14 anggota di tiga lokasi meliputi dua rumah kongsi, pusat hiburan dan kedai jahitan di Melaka Raya.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita Indonesia; 13 lelaki Pakistan; lima lelaki Bangladesh; dua lelaki Myanmar dan lima wanita China, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan