Siasatan Kes Kematian William Selesai - Polis

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis telah menutup kertas siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak lelaki,William Yau Zhen Zhong yang berumur enam tahun tanpa sebarang penemuan baru atau menahan mana-mana suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bersama-sama dengan cadangan untuk mengadakan inkues.

"Kami telah bersungguh-sungguh menggunakan semua sumber yang kita ada untuk mengenal pasti punca sebenar tetapi malangnya tiada bukti baru yang dapat menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

"Kami telah selesai menjalankan siasatan... inkues adalah tindakan selanjutnya yang paling lojik untuk dilaksanakan," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menjangkakan pejabat Timbalan Pendakwa Raya akan membuat keputusan berhubung cadangan untuk mengadakan inkues tersebut pada Jumaat.

ACP Yahaya berkata polis tidak menemui sebarang suspek mahupun bukti baru yang menyebabkan kematian William.

"Disebalik dakwaan didera, ibu bapa bukanlah suspek kerana mereka tidak ada bukti ataupun laporan yang membuktikan William didera," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi dalam kes berkenaan kerana usaha untuk mencari kebenaran tidak akan berakhir begitu sahaja.

"Kami telah cuba melakukan yang terbaik sejak beberapa minggu lepas, termasuk menempat anggota di tempat William dilaporkan hilang serta di tempt di mana mayatnya ditemui," katanya sambil menambah bahawa uni K-9 polis turut digunakan beberapa kali dalam tempoh tersebut.

ACP Yahaya berkata polis juga telah merekodkan kenyataan lebih daripada 30 individu termasuk ibu bapa, saudara mara William dan lain-lain pihak.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan