Lagi Anggota Geng Samun Di Seberang Perai Selatan Diberkas

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang lagi anggota geng samun yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) di sini sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah SPS, Supt Shafien Mamat berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani, Kedah petang Rabu, selepas polis melancarkan gerakan memburunya.

"Kita sedang kesan dua lagi rakannya yang dipercayai sedang bersembunyi selepas mengetahui rakan mereka sudah ditahan dan polis percaya penahanan lelaki itu dapat menyelesaikan beberapa lagi kes pecah rumah yang berlaku di sekitar SPS sejak bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Sabtu lepas polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan samun dan pecah rumah sekitar SPS.

Ekoran penahanan dua lelaki itu, polis berjaya menemui semula pemain cakera padat digital dan sebuah amplifier serta menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan bapa kepada seorang suspek kerana menyimpan barang-barang curi.

Shafien berkata empat lelaki termasuk yang baharu ditahan semalam kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan