APMM Tahan Empat Kapal Minyak Lakukan Pemindahan Haram

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat kapal tangki kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, menerusi 'Ops Telus' selama tiga hari mulai Isnin lepas.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Adon Shalan berkata dua daripada kapal terbabit, iaitu MT Sinar Pik dan MT Sirikit ditahan 10.50 malam, Isnin lepas, selepas didapati melakukan pemindahan 123,740 liter minyak diesel di kedudukan 2.5 batu nautika Tanjung Kapal.

"Dua lagi kapal pula ditahan 3.40 petang, dua hari lepas membabitkan MT Continuum 1 yang sedang memindahkan 50,000 liter minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) dan Marine Gas Oil (MGO) kepada kapal MT Patcharawadee 15 di kedudukan dua batu nautika Tanjung Bulat, Teluk Ramunia," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Adon berkata operasi yang dikoordinasikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor dengan kerjasama Polis Marin, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Laut, Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor itu mendapati keempat-empat kapal terbabit tidak mempunyai permit dan dokumen berkaitan pemindahan minyak.

Beliau berkata MT Sinar Pik, MT Sirikit dan Mt Continuum 1 didaftarkan di Ulaan Baatar, Mongolia manakala MT Patcharawadee 15 didaftarkan di Bangkok, Thailand.

Katanya 36 kru kesemua kapal terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakan melakukan pemindahan minyak dari kapal ke kapal, gagal memaklumkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia dan gagal membayar dius api.

Sementara itu, dalam operasi sama, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor merampas 2,200 liter diesel dipercayai cuba diseludup menerusi penahanan tiga lori kargo secara berasingan di sekitar bandar raya ini.

Pengarahnya Ayub Abd Rahman berkata 1,200 liter diesel dirampas pada penahanan pertama Isnin lalu selepas menahan sebuah lori kargo dan pemandunya di sebuah stesen minyak di Tampoi, di sini.

"Pada Selasa kita merampas merampas 700 liter diesel selepas menahan sebuah lori kargo bersama pemandunya di sebuah stesen minyak di Skudai, di sini manakala penahanan ketiga pada semalam, kita merampas 300 liter diesel selepas menahan sebuah lori kargo dan pemandunya menerusi sekatan jalan raya di laluan keluar tol Skudai, di sini," katanya.

Beliau berkata operasi itu turut dibantu anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan ketiga-tiga pemandu lori berumur 20-an terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1974. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan