Polis Sabah Kenal Pasti Syarikat Pembalakan Di Lokasi Gajah Mati

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah mengenal pasti syarikat pembalakan yang menjalankan kerja di lokasi kejadian kematian 14 ekor gajah Pygmy Borneo secara misteri di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari Tawau baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati terdapat syarikat pembalakan di lokasi terbabit yang mempunyai pekerja dianggarkan 300 orang.

"Jabatan Siasatan Jenayah dalam proses melengkapkan siasatan...kita tahu syarikat-syarikat yang bekerja di situ," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Rabu.

Hamza berkata polis juga akan mengambil keterangan penduduk setempat di situ selain menganalisis kandungan air yang terdapat di sungai berhampiran.

Pada 1 Feb lepas, polis membuka kertas siasatan kes kematian gajah itu mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Hamza berkata polis juga tidak menolak kemungkinan gajah berkenaan diracun kerana keadaan perut pecah, bagaimanapun punca sebenar akan diketahui selepas menerima laporan Jabatan Kimia.

Katanya setakat ini tiada pihak tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan kes itu walaupun ganjaran sehingga RM50,000 ditawarkan.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata siasatan mengenai kematian gajah itu diperhebat dan ganjaran tambahan sebanyak RM40,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab bagi kematian haiwan itu.

Sebelum ini, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat.

Masidi juga berkata laporan kimia itu dijangka dikeluarkan Jumaat ini. -- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan