Polis Minta Saksi Pelanggaran Syarat Perhimpunan 12 Jan Tampil

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta baki 13 individu yang dikenal pasti sebagai saksi dalam kes pelanggaran syarat perhimpunan pada 12 Jan lepas, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata saksi terbabit tidak perlu risau dengan tindakan polis kerana sebahagian besar tanggungjawab pematuhan syarat perhimpunan terletak pada penganjur.

"Kita bukan mahu menghukum, cuma ingin menyiasat sebab kenapa perlu bawa kanak-kanak, adakah mereka tidak tahu akta tersebut (Akta Perhimpunan Aman 2012) atau ada perkara lain," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Ismail yang ditemui pada majlis Penyerahan Cek Skim Bencana Kerja Ex-Gratia Polis Diraja Malaysia (PDRM), ditanya mengenai nasihat beliau kepada 13 saksi yang masih belum tampil memberi keterangan di balai polis, berhubung pelanggaran syarat perhimpunan yang berlangsung di ibu kota bulan lepas itu.

Pada Sabtu lepas, polis merekodkan keterangan seorang daripada 14 saksi yang dicari, iaitu seorang lelaki berusia 41 tahun yang tampil di Ibu Pejabat Polis Kulai Jaya, kira-kira pukul 3 petang.

Pada perhimpunan 12 Jan itu, polis mendapati berlaku pelanggaran tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui penganjur dan polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Antara syarat yang dilanggar ialah membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau menyarankan para pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang masih belum memiliki polisi insurans hayat memulakan pembeliannya bagi faedah diri dan keluarga masing-masing.

"Walaupun dalam bajet tahun lalu, kerajaan telah meluluskan insurans berkelompok kepada warga Polis Diraja Malaysia tetapi sebagai jaminan kepada ahli keluarga mereka perlu mengambil insurans peribadi," katanya.

Hari ini 25 orang termasuk balu dan ibu bapa menerima cek skim pampasan bencana kerja ex-gratia.

Sejak diwujudkan untuk warga PDRM pada 2008, kira-kira RM19.9 juta telah dibayar membabitkan 393 permohonan. --BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan