Empat Penjenayah Larikan 11 Dulang Barang Kemas

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Empat lelaki bersenjatakan beberapa pucuk pistol bertindak nekad merompak sebuah kedai emas dan melarikan 11 dulang barangan kemas dalam satu kejadian di Taman Senawang Jaya di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, penjenayah berkenaan terlebih dahulu melepaskan beberapa das tembakan ke udara di hadapan premis terbabit menyebabkan orang ramai lari menyelamatkan diri.

"Penjenayah yang memakai topeng muka kemudiannya memecahkan cermin pameran barangan kemas dan mengambil 11 dulang barangan kemas sebelum melarikan diri dengan motosikal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata ketika kejadian pemilik premis berada di kedainya bersama dua lagi pekerja dan mereka tidak diapa-apakan.

Jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan, katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Alang, 55, berkata ketika kejadian, dia berada di sebuah kedai berhampiran sebelum melihat empat lelaki bertopeng menaiki dua buah motosikal berhenti di depan kedai emas berkenaan.

Katanya dua lelaki yang membawa kapak dan tukul besi meluru masuk ke kedai emas manakala dua lagi lelaki berkawal di tengah jalan di hadapan premis sambil seorang daripada mereka memegang dua pucuk pistol.

"Kerana curiga saya menghampiri kedai berkenaan dan terkejut selepas lelaki yang memegang dua pucuk pistol itu secara tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan ke udara sambil menjerit 'lari...lari'.

"Lelaki itu turut menghala pistolnya ke arah orang ramai dan kenderaan yang lalu-lalang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri," katanya.

Katanya penjenayah terbabit berada di situ selama kira-kira tiga minit sebelum beredar dengan dua beg berisi barangan kemas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan