Ancaman Bakar Kilang Lynas, Wong Tack Akan Dipanggil Bantu Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis akan memanggil pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack tidak lama lagi untuk membantu siasatan berhubung ancaman untuk membakar loji nadir bumi Lynas Corp di Gebeng.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang turut terbabit.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysian Insider, baru-baru ini yang memetik Wong sebagai berkata bahawa mereka (Himpunan Hijau) akan membakar kilang berkenaan sekiranya kerajaan yang baharu dipilih tidak menutupnya selepas pilihan raya umum 2013.

"Negara kita ada undang-undang, jadi jangan bertindak melulu tanpa berfikir. Memberi ancaman ini seolah-olah memberi ugutan dan ia salah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat II peringkat kontinjen Pahang sempena Tahun Baharu Cina di sini.

Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Bentong Datuk Hoh Khai Mun mencabar pembangkang menyatakan pendirian mereka mengenai ancaman itu sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak menutup loji itu apabila terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya DAP dan sekutunya dalam pakatan pembangkang seperti PAS dan PKR perlu bertanggungjawab terhadap ancaman yang disuarakan Wong itu.

Katanya akibat mengamalkan politik kebencian, DAP dan rakannya sering menyeru anggota mereka dan orang ramai supaya turun ke jalan raya bagi tujuan menggulingkan kerajaan.

"Kali ini, seorang daripada pengikut mereka bertindak terlalu jauh dalam menyahut seruan Pakatan (pembangkang) untuk menyalakan api kebencian, tanpa memikirkan kesan segera dan jangka panjangnya terhadap orang ramai," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan