12 Anggota Bomba N.Sembilan Dikenakan Tindakan Disiplin

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pegawai serta 11 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dikenakan tindakan tatatertib kerana pelbagai kesalahan disiplin tahun lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Saadon Moktar berkata pegawai itu dibuang kerja kerana kesalahan tidak hadir bertugas melebihi tempoh 14 hari dan setelah dia tidak dapat dikesan.

"11 anggota terbabit dikenakan tindakan antaranya tahan kenaikan gaji dan diberi amaran. Tindakan tatatertib ini diputuskan oleh Lembaga Tatatertib Sokongan 2," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tahunan di kompleks ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di sini Rabu.

Beliau juga mahu semua ketua balai bomba di seluruh negeri itu memantau pergerakan pegawai dan anggota masing-masing bagi memastikan tidak wujud masalah salah laku.

Jabatan ini tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada pegawai dan anggota yang terlibat dengan salah laku ketika menjalankan tugas, katanya.

Mengulas perkara lain, Saadon berkata Negeri Sembilan akan menerima sebuah balai bomba baharu yang akan dibina di Gemencheh, Tampin tahun depan.

"Balai bomba sedia ada sekarang di negeri ini ialah 15 buah, selain ibu pejabat dan tiga pejabat zon," katanya.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu negeri itu merekodkan 1,409 kes kebakaran yang mengakibatkan kerugian RM23.5 juta, manakala nilai harta yang berjaya diselamatkan sekitar RM208.4 juta.

Terdahulu pada majlis itu Saadon turut memperkenalkan pegawai baharu, menyampaikan sijil penghargaan kepada media, pasukan bomba sukarela dan pegawai yang akan bersara serta menyerahkan dua kenderaan bomba untuk pasukan bomba sukarela Kampung Pelegong, Labu dan Kampung Batu 3, Mambau. -- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan