Salah Seorang Daripada Dua Beradik Hilang Pernah Adakan Hubungan Dengan Teman Lelaki Nepal - Polis

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Salah seorang adik-beradik yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas didapati pernah mengadakan hubungan “istimewa” dengan teman lelakinya, warga Nepal.

Ketua Polis Klang Selatan Mohamed Mat Yusop berkata pemeriksaan perubatan menunjukkan terdapat tanda-tanda hubungan itu pada Chen Poh Choo, 15.

"Kami percaya gadis itu mengadakan hubungan “istimewa” dalam tempoh kehilangannya.

"Kami telah menahan seorang lelaki Nepal berusia 32 tahun yang dipercayai menjadi teman lelakinya," katanya dalam satu sidang media di sini pada Selasa.

Mohamed berkata teman lelaki gadis itu adalah seorang pekerja am di pusat beli-belah di Klang dan dia akan di reman selama dua minggu.

Dia akan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Rogol Berkanun.

"Adik-beradik itu masih di hospital dan akan diserahkan kepada keluarga mereka hari ini (Selasa) atau esok (Rabu).

"Jika mereka masih enggan untuk kembali ke pangkuan keluarga, saya akan rujuk mereka kepada Jabatan Kebajikan," tambah beliau.

Sebelum ini media melaporkan Poh Choo dan adiknya Poh Fong, 13, telah hilang sejak Khamis lalu.

Polis menemui mereka di rumah seorang lelaki Nepal di Taman Sentosa di sini pada pukul 2 petang, Isnin.

Mohamed berkata siasatan mendedahkan mereka lari bersama teman lelaki berkenaan/

"Kami percaya adiknya juga mempunyai teman lelaki Nepal.

"Mereka bertemu lelaki warga asing pada Disember lalu dan telah keluar dengan mereka sebanyak empat kali sebelum mereka melarikan diri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan