Polis Rekod Keterangan Saksi KL112

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah merekodkan keterangan seorang daripada 14 saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara 12 Januari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keterangan saksi lelaki berusia 41 tahun itu telah diambil pada Sabtu lepas (2 Februari) di Ibu Pejabat Polis Kulai Jaya, kira-kira pukul 3 petang.

"Bagaimanapun polis masih belum menerima sebarang maklum balas daripada 13 lagi saksi mahupun maklumat daripada orang ramai.

"Kita masih lagi berikan mereka peluang untuk serah diri...kita belum putuskan lagi sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya mereka ini tidak tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata orang ramai diminta memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan saksi kepada polis atau ke balai polis berhampiran.

Penganjur perhimpunan tersebut didakwa telah melanggar syarat apabila kanak-kanak bawah umur 15 tahun turut dibawa dalam perhimpunan tersebut.

Sebelum ini, gambar 14 saksi itu telah diedarkan melalui media dan laman facebook. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan