Pencawang TNB Meletup, Seorang Pekerja Kontrak Melecur

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera parah akibat disambar api dalam kejadian letupan di pencawang TNB di Felda Kerteh 3 di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Faqih Aqwa Mansor, 20, dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu melecur di bahagian tangan, kaki dan keseluruhan bahagian belakang badannya.

Ketika kejadian dia sedang menjalankan kerja mengecat bangunan pencawang tersebut bersama lima rakannya, kira-kira lima meter dari tempat berlakunya letupan itu.

Rakannya, Syed Mohd Faadil Syed Osman, 19, berkata ketika kejadian dia dan mangsa sedang mengecat di bahagian luar bangunan pencawang manakala tiga lagi rakan mengecat di dalam bangunan.

"Ketika sedang leka mengecat bangunan terbabit saya terdengar satu letupan kuat berlaku dari sebuah pencawang dalam jarak lima meter dari tempat mangsa mengecat dan letupan kuat itu menyebabkan api kuat menyambar sehingga ke belakang bangunan pencawang. "Mangsa menjerit meminta tolong dalam keadaan api membakar baju dan seluarnya dan saya panik melihat kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, seorang rakan mereka yang berada di belakang bangunan kemudian menyiram badan mangsa dengan air dari paip berdekatan.

Katanya rakannya itu yang awalnya dihantar ke Hospital Dungun telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan.

"Saya tidak tahu bagaimana pencawang yang berada di luar bangunan itu boleh meletup," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan