Pemilik Kelab Malam Cedera Parah Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemilik kelab malam cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan lelaki yang menaiki motosikal ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat di Jalan Bukit Tengah, di sini malam Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata Tan Sheng Suo, 43, terkena tiga das tembakan iaitu di kepala, muka dan badan.

Katanya ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kelab malamnya di Perai, bagaimanapun rakan Tan tidak mengalami sebarang kecederaan .

"Sebaik kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki datang menghampiri kenderaan itu sebelum melepaskan beberapa das tembakan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Abdul Rahim berkata Tan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di George Town, dekat sini dan berada dalam keadaan kritikal.

"Setakat ini kita belum tahu motif kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan, tapi polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan dendam," katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan