Dua Beradik Hilang Ditemui Dalam Keadaan Selamat - Berita Jenayah | mStar

Dua Beradik Hilang Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chen Poh Choo (kanan) Chen Poh Fong (kiri) ditemui dalam keadaan selamat
Chen Poh Choo (kanan) Chen Poh Fong (kiri) ditemui dalam keadaan selamat

KLANG: Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang Rabu minggu lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Polis menemui Chen Poh Choo, 15, dan adiknya Chen Poh Fong,13, tinggal bersama seorang lelaki warga asing dipercayai teman lelaki salah seorang daripada mereka pada pukul 2 petang di Taman Sentosa

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamed Mat Yusop berkata remaja berkenaan telah di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk pemeriksaan.

"Kita masih belum mengetahui punca mengapa dua remaja perempuan ini lari dari rumah mereka. Kami belum menyiasat warga asing berkenaan.

"Biar pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu dan elakkan daripada mendengar khabar angin,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mangsa yang turut hadir pada sidang media tersebut hanya mengeleng-gelengkan kepala mereka ketika ditanya oleh ACP Mohamad sama ada mereka mahu pulang ke rumah atau tidak.

Bagaimanapun wartawan dilarang daripada mendekati dan bercakap dengan kedua-dua remaja perempuan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Poh Choo dan Poh Fong, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandamaran Jaya, hilang selepas keluar dari rumah untuk ke sekolah Rabu lepas.

Sementara itu, ibu kedua-dua remaja itu, Lee Lay Chin, 35, berkata beliau bersyukur apabila diberitahu kedua-dua anaknya itu sudah ditemui.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan