Wanita Maut Digilis Tren Komuter

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berumur dalam lingkungan 50-an maut digilis tren komuter di landasan berhampiran Stesen KTM Komuter Taman Wahyu di sini, Isnin.

Mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri itu dikatakan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan pihak KTM Berhad telah membuat laporan mengenai insiden itu.

"Kami belum dapat mengenal pasti identiti wanita itu kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat yang hancur akibat kemalangan itu," katanya ketika dihubungi Bernama. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan