Rumah Terbakar: Sembilan Keluarga Hilang Tempat Tinggal

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Padang Nenas berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini, Isnin.

Fatimah Hamar Zakaria, 47, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran kawasan itu.

"Saya diberitahu mengenai kebakaran itu oleh seorang jiran yang menelefon saya. Saya terus bergegas pulang dan apabila tiba di rumah, saya dapati api sedang marak. "Saya hanya mampu menangis melihat rumah kami musnah dalam sekelip mata, api marak membakar rumah menyebabkan kami tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata beliau bersyukur semua anggota keluarganya selamat kerana ketika kejadian, anak lelakinya berusia 19 tahun sedang tidur di rumah manakala yang lain ke sekolah. Beliau berkata anaknya itu keluar menyelamatkan diri apabila terhidu bau asap dari dalam rumah mereka.

Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata pihaknya menerima panggilan daripada penduduk pada pukul 8.23 pagi.

"Ketika kami tiba, api sedang marak membakar rumah," katanya sambil memberitahu 28 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba Kuala Terengganu mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan