Pekerja Pusat Beli Belah Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Hangus Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah pusat beli-belah di ibu negara tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewanya di Flat 209 Taman Dato Senu, Sentul hangus dalam kebakaran pada Isnin.

Azami Yusof, 37, berkata ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, beliau keluar bekerja manakala isteri serta dua anaknya berada di rumah mereka di tingkat 12. "Saya dapat panggilan daripada kakak saya yang tinggal di tingkat 11 yang memberitahu rumah saya terbakar. Apabila saya pulang, saya lihat rumah saya sudah hangus dijilat api.

"Tiada satu barang pun yang sempat diselamatkan. Namun saya bersyukur isteri dan anak-anak selamat," katanya yang menyewa rumah itu sejak 10 tahun lepas.

Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Muzammir Mohd Salim berkata bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pukul 11.43 pagi sebelum tiba 13 minit kemudian bersama enam jentera dan 30 anggota dari balai bomba Sentul, Titiwangsa, Gombak Selatan dan Hang Tuah.

"Api dapat dikawal sepenuhnya pukul 12.24 tengah hari. Tindakan pantas bomba mengawal kebakaran dapat menyelamatkan sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan. Punca dan kerugian sedang disiasat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan