Nelayan Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pulau Simura

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dipercayai lemas di perairan Pulau Simura dekat sini malam Ahad.

Mazlan Salleh, 24, hilang selepas menghantar isterinya ke Kampung Tandawan kira-kira pukul 8 malam.

Ayah mangsa, Salleh Khatib, 54, berkata sebelum anaknya keluar rumah, dia memaklumkan bahawa dia tidak akan terus balik selepas menghantar isterinya kerana ingin memukat ikan di laut. Katanya mereka sekeluarga hanya mengetahui kehilangan Mazlan pada pukul 8 pagi tadi selepas penduduk kampung menemui perahunya terbalik tanpa kelibatnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sandakan, Jemishin Ujin ketika dihubungi berkata pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 10 pagi di kawasan Pulau Simura dan Pulau Timbang bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam, Polis Marin dan penduduk kampung.

Beliau berkata bot mangsa di jumpai di tengah Pulau Simura selain dompet dan peralatan pukat dijumpai di kawasan tidak jauh dari bot mangsa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan