Dua Penjenayah Ditembak Mati Di Kuala Krai

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka 'menculik' seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.

"Kumpulan penjenayah itu yang menaiki kereta Perodua Myvi mengekori kereta mangsa sebelum menahan dan melarikan mangsa bersama wang tunai berkenaan sejauh 50 kilometer," katanya kepada pemberita selepas merasmikan OPS Selamat II Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kubang Kerian.

Jalaluddin berkata empat suspek berkenaan kemudian meninggalkan kerani itu di tepi jalan sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, sebaik menerima maklumat, anggota polis berjaya mengesan kereta suspek lalu mengejar kenderaan itu.

"Ketika polis cuba menahan kereta itu, suspek melepaskan empat das tembakan. Dalam kejadian berbalas tembak itu, dua suspek berusia 22 dan 29 tahun ditembak mati," kata Jalaluddin, sambil menambah kedua-duanya berasal dari Kuala Krai. "Kami kini giat menjalankan usaha mengesan dua lagi suspek yang melarikan diri, termasuk menggunakan unit anjing pengesan," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati hanya RM15,200 wang yang dilarikan dapat ditemui semula manakala bakinya dipercayai dibawa lari dua rakan suspek. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan