Cuba Cederakan Polis: Lelaki Kurang Siuman Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menyelamatkan diri daripada seorang lelaki kurang siuman di Bukit Payung di sini, Ahad.

Anggota dari balai polis Bukit Payung itu dihantar ke lokasi kejadian setelah polis menerima aduan daripada orang awam mengenai seorang lelaki membuat kacau di hadapan sebuah rumah di Taman Desa Salam kira-kira 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata lelaki terbabit bertindak agresif dan memaki hamun L/Kpl berusia 34 tahun itu sebelum mengejarnya dan mengambil batu bata untuk mencederakan anggota polis itu.

"Panik dengan kejadian itu anggota berkenaan melarikan diri dan terjatuh. Bimbang dirinya dicederakan, anggota berkenaan melepaskan satu das tembakan sebagai amaran sebelum meminta bantuan dari orang ramai di gerai berhampiran," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata tiga lagi anggota polis dihantar ke tempat kejadian pada pukul 10.30 malam dan menahan lelaki itu. "Lelaki itu merupakan penagih dadah tegar dan telah beberapa kali ditahan atas kesalahan itu. Dia juga pernah menerima rawatan di Hospital Mental Kuala Berang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan