Polis Tahan Enam Peras Ugut Wang Perlindungan Tahun Baru Cina - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Enam Peras Ugut Wang Perlindungan Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan enam orang termasuk dua wanita dipercayai aktif memeras wang perlindungan daripada pemilik premis perniagaan di sekitar pusat bandar ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata suspek berusia antara 16 dan 27 tahun terbabit memaksa mangsa menyerahkan wang perlindungan atau minuman keras sebagai jaminan perniagaan mereka tidak diganggu.

"Hasil risikan dan maklumat awam polis menahan seorang suspek dalam sebuah rumah di Bandar Baru, Air Itam sebelum menahan anggota lain di sekitar daerah ini pukul 6 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menemui empat helai kertas putih tercatit angka yang disyaki kutipan hasil pemerasan, 82 botol minuman keras, 42 keping kad niaga dan sebatang rotan.

Gan berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan