Lelaki Hilang Akibat Bot Terbalik Ketika Memancing

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG (Johor): Seorang lelaki hilang manakala rakan wanitanya terselamat apabila bot yang mereka naiki terbalik ketika memancing udang galah di Sungai Muar dekat Kampung Semandar, Grisek, di sini Sabtu.

Kejadian berlaku kira-kira 1.10 tengah hari ketika Muhammad Syafie Salleh, 30, dari Kuala Lumpur dan Rasyidah Isa, 26, dari Terengganu memancing bersama tujuh rakan yang lain.

Bot kecil yang dinaiki pasangan itu dikatakan terbalik secara tiba-tiba menyebabkan Muhammad Syafie tenggelam lalu hilang manakala Rasyidah yang berpaut pada sebatang pokok berjaya diselamatkan sekumpulan pemancing lain yang turut berada di kawasan berhampiran.

Seorang rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Razif berkata sebaik tiba di kampung itu, mereka berpecah ke beberapa kawasan sungai berkenaan yang banyak terdapat udang galah.

Dia dan rakan-rakannya menyedari kejadian itu ketika dalam perjalanan pulang ke jeti untuk berehat dan makan tengah hari.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir Omar Saat berkata gerakan mencari dan menyelamat dilakukan sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya.

Sehingga kini, Muhammad Syafie belum ditemui, katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Sahadan Jaafar ketika dihubungi berkata punca kejadian itu masih dalam siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan