Dua Maut Dalam Kemalangan di Ranau - Berita Jenayah | mStar

Dua Maut Dalam Kemalangan di Ranau

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANAU: Dua orang maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Km40, Jalan Ranau-Telupid pada Sabtu.

Yang terbunuh dalam kejadian 5 petang itu ialah Haris Palisan, 26, yang memandu kereta Myvi dan penumpangnya Fuzianah Dominding, 29.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim dalam satu kenyataan berkata, kedua-duanya maut di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Ranau.

Haris merupakan pemandu bas sebuah syarikat pengangkutan sementara Fuzianah seorang guru yang berasal dari Kampung Rani Tenghilan, Tuaran.

Sementara pemandu kereta Nissan Navara yang turut terlibat, Lin Jia Yeh, 21, cedera pada paha kanan dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan