Polis Sabah Buka Kertas Siasatan Kes Gajah Mati - Berita Jenayah | mStar

Polis Sabah Buka Kertas Siasatan Kes Gajah Mati

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Sabah membuka kertas siasatan berhubung kes kematian 14 gajah Pygmy Borneo yang dikaitkan dengan perbuatan khianat di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari Tawau baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan kerana kita perlu menghantar bahan-bahan dalam badan dia (gajah) untuk pengesahan.

"Bagi kita, siasatan ini adalah satu siasatan yang rasmi. Jabatan Perhutanan pun buat siasatan tapi kita nenyiasat daripada sudut jenayah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian rumah perantaaan negeri Sabah di Kepayan dekat sini, yang disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Hamza berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung siasatan polis ke atas kematian gajah berkenaan.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan sehingga kini 14 gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Hutan Simpan Rara, itu.

Masidi berkata berdasarkan pemeriksaan awal terhadap bangkai gajah itu, punca kematian berkemungkinan disebabkan keracunan.

Ditanya sama ada terdapat tangkapan berhubung kes berkenaan, Hamza berkata setakat ini polis masih mengumpul semua bahan bukti, sebelum membuat sebarang tangkapan dan rumusan.

Katanya pihaknya juga sedang berusaha mengambil keterangan penduduk setempat di situ namun menghadapi kekangan memandangkan lokasi kejadian agak terpencil. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan