Nelayan Warga Emas Dilapor Hilang Dijumpai Mati

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mayat seorang nelayan warga emas yang dilapor hilang di Putatan dua hari lepas, ditemui pada Jumaat.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika dihubungi, mayat Alias Maidin, 60, ditemui di Pulau Manukan pada kira-kira 4 petang oleh pasukan itu dan dibawa ke jeti polis marin di sini pada kira-kira 6 petang.

Anggota keluarga Alias dihubungi bagi mengenal pasti identiti mangsa sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Alias, dari Kampung Tebongon, dilapor hilang selepas botnya karam ketika memancing di sebuah sungai di Putatan pada kira-kira 10 malam, 30 Januari lepas.

Bot yang dipercayai terlanggar tunggul kayu, dijumpai nelayan lain pada kira-kira 11 malam selepas Alias hilang.

APMM bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Sabah dan polis marin serta penduduk kampung melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa selama tiga hari. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan