Buruh Mati Ditetak Sekumpulan Lelaki - Berita Jenayah | mStar

Buruh Mati Ditetak Sekumpulan Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang buruh maut akibat ditetak dalam satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki berdekatan tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar di sini pada Jumaat.

Mohd Najib Bakar, 37, mengalami cedera parah di kepala dan leher serta kedua belah kaki disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian berlaku pukul 7.30 malam.

Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mangsa berlumuran darah, katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Menurutnya, polis kini memburu kumpulan lelaki terbabit dan motif kejadian sedang disiasat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan