Tiada Laporan Mengenai Pembunuh Bersiri Kanak-Kanak - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mesej teks amaran kononnya terdapat seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa dari kalangan kanak-kanak.

Justeru, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menimbulkan tekanan emosi dan kebimbangan di kalangan penduduk.

"Saya meminta pihak tertentu agar berhenti membuat sebarang spekulasi tentang apa jua kes termasuk kehilangan kanak-kanak kerana ia boleh mengganggu perasaan keluarga, rakan-rakan dan pihak terlibat dengan mangsa.

"Maklumat yang tidak tepat juga akan menganggu siasatan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang mendakwa mesej teks amaran kepada orang ramai mengenai seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa dari kalangan kanak-kanak mula tersebar sejak kehilangan William Yau Zhen Zhong.

William Lau dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya dan ditemui mati berhampiran Jeti Sungai Sireh di Pelabuhan Klang pada 24 Jan lepas.

Tun Hisan turut meminta semua pihak supaya tidak panik dengan mengambil tindakan terburu-buru sekiranya berdepan dengan kes kanak-kanak hilang terutamanya apabila kanak-kanak terbabit dipercayai diculik.

Beliau berkata perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada polis bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

"Maklumkan dahulu kepada polis kerana jika kes membabitkan penculikan, gambar kanak-kanak tidak akan diedarkan kerana ia boleh mengancam nyawa mangsa," katanya. -- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan